Followers

Friday, June 17

tips : ke arah kehidupan yang baik !

Assalamualaikum ..

oke..hari tu aku nak bagi tips kat korang kan..dah janji pada entry yang lepas yang sepatutnya aku bagi tapi aku pergi buat entry pasal DADAHKU..hahaha..

now aku tunaikan janji aku..mula2 terfikir dalam kepala otak nak buat entry pasal KE ARAH ALAM PERKAHWINAN!.. tapi bila fikir2 balik dan mendengar suara kecil di minda berkata2 ( oyt Nyssa kursus kahwin pun tak amik lagi..OVER!)..terus tak jadi nak buat..hahaha..


hari ni aku nak buat entry pasal 5 langkah untuk merangkul kehidupan yang baik...

kenapa 5 je ? ..sebabnya yang lima pun belum tentu korang nak ikut..hahaha...demand eyh!

##  HENTIKAN ALASAN ::
 - - > berhenti mengkhianati tangga kejayaanmu dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah sayang ... jangan asyik menyalahkan diri dan memberi alasan bodoh di atas sesuatu perkara .. contonhya :

  • "ianya terlalu sukar, saya tak cukup bijak"...halo?..lebih tak bijak kalau tak mencuba oke?..
  • "saya tiada masa nak lakukan dua kerja..cukuplah kot dengan apa yang ada."..halo again?..kenapa kau ni hah..berusaha lebih untuk kejayaan anda..bukannya mengeluh dan membuat sambil lewa..
  • "ish..takutlah"..ni ayat COMMON kita dengar kan?..aku pun macam tu selalu..and still try cari jalan untuk mengatasinya...try to say NO kepada takut anda..

jati diri boleh diperbaiki dengan mengenali diri sendiri .. anda perlu memahami keputusan yang anda ambil walaupun ianya hanya memberi impak kecil dalam kehidupan anda .. ingatlah .. hentikan ALASAN..

##  PUPUK KESABARAN
- - > biarpun korang menjerit sekuat hati kerana terpaksa berratur panjang di kaunter bayaran ataupun mengamuk bila hasil kerja korang gagal dipersetujui anda tetap tidak dapat mengubah kenyataan yang berlaku dan yang anda perlu lakukan ialah BERSABAR..bersabar tidak bermakna korang seorang yang penakut atau tidak fleksible tetapi korang perlu menunjukkan sifat profesional dalam diri korang tu..tetapi hati tau sebab jangan terlalu mengawal semua benda ynag kadang tak masuk akal sebab nanti LIFE korang BOSAN..korang dah besar..tau fikir mana baik dan buruk kan..

##  TERUSKAN BELAJAR
- - > pendidikan bukan bertujuan untuk mendapatkan pekerjaan hebat tetapi lebih kepada pengalaman untuk kehidupan masa akan datang..kalau dulu korang gagal dapat masuk tempat2 belajar idaman korang mungkin korang boleh buat semasa korang stabil dan dewasa..PJJ ada meyh?..boleh sambung belajar lagi..tak pun ambil kursus yang ditawarkan oleh uninersiti atau pun kolej swasta yang lain..contohnya photografi, menjahit dan sebagainya..HENTIKAN ALASAN!..dan segera lakukan..mana tau ianya mungkin akan membuka peluang untuk cipta kehidupan yang lebih baik..

## BERFIKIRAN POSITIF
- - > "The way you choose to see the world is the way the world will be"..korang boleh memilih untuk bersikap positif dan ini boleh mengubah fikiran dan perasaan orang lain..ini kerana fikiran boleh menjana dan cara kita berfikir dan ini dapat membantu kita membuat pilihan yang tepat..apa yang korang bayangkan akan memberi impak pada perbuatan korang jadi BE POSITIVE..bayangkanlah betapa pemikiran dapat mengawal kehidupan!

##  BERLAGAK OKEY!
- - > berpura-pura menjadi seorang yang berkeyakinan dan terbuka..ini kerana mereka yang ada tanggapan lain pada korang akan ubah persepsi dorang..banyakkan latihan untuk tampil OKEYdihadapan orang ramai..bukan untuk mengajar korang berpura2 tetapi untuk memberi latihan agar anda kelihatan HEBAT di mata orang lain..dan percayalah..suatu hari nanti pura2 tersebut akan lenyap sekaligus diri HEBAT korang akan terserlah..

ini sahaja yang dapat aku kongsi bersama korang..hope ini dapat membantu mengubah korang dan diri aku sendiri ke arah yang lebih baik..

AMIN..

**oh ye..sebelum aku stop menaip aku nak bagitau korang nak minta korang doakan aku dapat kerja sebab aku bakal diinterview sebagai seorang PROGRAMMER isnin nanti..takut?...ye..(padahal baru tulis tips)..tapi ini yang aku mahukan..terima aksih kepada korang yang sudi memberi sokongan..semoga ALLAH merahmati kalian..**


WASALAM..


4 comments: