Followers

Thursday, June 30

Wednesday, June 29

Wordless Wednesday # 2 :: no lah..right ?

Assalamualaikum..


~ beauty (her) and the beast (me) ~

**sorry kat MARIA ELENA i cilok gambar u..

Friday, June 24

cantik ke kau ?


Assalamualaikum ..

ghase2nye sopan tak tajuk aku kali ini?..hahaha..takpe2..tak payah terasa benor leyh?..aku tak tujukan pada kau, kau mahupun kau ( hah!..yang kat belakang tu tak payah nyorok )..

sebenarnya aku nak dedahkan satu rahsia pasal aku..alahai takde lah rahsia mana nyah oyt..haha..cuma nak kongsi aku ni ada satu masalah sikit..masalah pantang nengok orang cantik..

bukan pantang sebab DENGKI or rasa nak curah asid kat dia..eyh2..no no no no ye..aku suka tengok dorang plus tenung lama2 ditambah dengan belek2 sampai kadang2 orang yang ditenung terperasan lalu melemparkan pandangan mereka semula dengan cara sama ada ::

a) tenungkan yang TAJAM lalu membelah dada..
b) senyuman yang penuh dengan kepura-PURAan..
c) buat2 tak nampak sebab takut punya pasal..
d) senyum manis aje..alololo...so suwittttt...!

so agak2 kalau korang terperasan aku tengok lebih2 mahapkan lah ye..kadang2 pun aku puji orang lebih2..orang kata FAKE lah..nak ambil hati lah..eyh..ko ingat senang lenang ke nyah oyt aku nak suka2 puji kau..bukan kau nak bagi aku LOMO pun kan..hah!..so sa dap lu (maaf terkasar sikit)..haha..

apa yang aku cakap ikhlas dari hati tulus murni lebih suci minyak masak murni oke..!..sebab apa?..sebab KAU CANTIK LEW...

ada beberapa personaliti dalam wanita yang boleh aku kategori kan dalam kesukaan aku....diulangi kategori aku oke?..bukan kategori joyah pekerja GIANT, latipah penternak lembu mahupun bedah yang jual karipap tu..so jangan kata 'eyh aku suka perempuan macam ni' takpun 'tak sukalah yang ni'..ewah2..sesedap mulut kau je kan..kan dah kata kategori aku?..<-- annoying gila kau nyssa...hahaha..jom tengok kesukaan aku..=')..

taraaaaaa (bunyi latar ..boleh dibunyikan sendiri ikut cita rasa)...

nyssa saad presenting......

kategori perempuan HOT ! ( pasang lagu latar THIS IS WHY IM HOT by Che'nelle )

--> doesn't mean korang tu seksi yang mendedahkan benda2 yang tidak sepatutnya untung tontonan awam ( masa ni lelaki yang baca mungkin tengah booo saya sambil kata biarlah dia nak buat pun kan)..ataupun  dalam gambar korang perlu menjelirkan lidah yang boleh mengghairahkan kaum2 yang melihatnya..haish..kalau kau cantik tak perlu buat macam tu sayang..yang ni baru ada ummmm!..hot with their own ways..

well known yunalis zarai

sweet lisa surihani

kategori perempuan NATURAL BEAUTY ( dengarkan lagu YOU BEAUTIFUL by JAMES BLUNT )
--> maksudnya di sini tiada make up yang bapak tebal untuk mencantikkan mereka..mereka semulajadi cantik dan SUBHANAALLAH..inilah ciptaan ALLAH S.W.T ..

look at her eyes..booolaaatttt!!!!

menawan dengan caranya tersendiri

perempuan yang CANTIK ( now turn on lagu BEAUTIFUL MONSTER oke?)
--> cantik itu subjektif kan?..cantik tidak semestinya dengan baju yang mahal plus vogue ataupun dengan make up yang tebal ataupun dengan populariti yang superb!..na na na na..cantik pada aku adalah walaupun mimik muka yang gila2 u still look pretty?..halo?..how did u do that?..


both are blogger and they like making faces yet they look pretty and awesome..how did u do that pretty lady?..

dan banyak lagi kategori seperti perempua yang comel .. superb .. cool .. boyish .. tapi still look awesome tanpa perlu mendedahkan susuk tubuh yang menggiurkan mahupun mencanang hak milik mereka..

hEy ladies!..each one of you own your own beauty inside..ALLAH menciptakan makhluknya dengan keistimewaan tersendiri..each one of you are pretty for my sight dan oke...aku jeles oke?..hahaha..

***p/s --> mungkin ada mulut2 busuk yang mengomel kata ' lah, kau letak gambar artis and orang terkenal..memang lah orang semua cakap cantik..'...habis?..nak aku letak gambar kau?..nanti kata aku curi pula...tak pasal saman kan?..aku letak gambar artis and well known people sebab gambar dorang senang didapati dan halo?..dah dorang familiar..kang aku letak gambar joyah dengan latipah ( lagi nama dorang ) korang tak kenal..kena lagi aku..hahaha..gambar adalah dari sumber google oke..thank you google..

till then,, enjoy blogwalking..

wasalam..













Wednesday, June 22

Tuesday, June 21

join in !

Assalamualaikum..


hari ni selasa bersamaan 21 jun 2011 aku ingin menyertai WORDLESS WEDNESDAY yang heaven dekat blog now..ye..aku admit aku lambat sikit sebab aku bukan seorang yang wordless..aku banyak cakap dan menaip kot..hahaha..so nak try sebab tengok macam best je kan..jom bloggers bagi yang tak join lagi..jom HEAVENkan lagi rabu kita..

** what is wordless wednesday ??

 On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.-answer.com


so lets join!..


wasalam..



Friday, June 17

tips : ke arah kehidupan yang baik !

Assalamualaikum ..

oke..hari tu aku nak bagi tips kat korang kan..dah janji pada entry yang lepas yang sepatutnya aku bagi tapi aku pergi buat entry pasal DADAHKU..hahaha..

now aku tunaikan janji aku..mula2 terfikir dalam kepala otak nak buat entry pasal KE ARAH ALAM PERKAHWINAN!.. tapi bila fikir2 balik dan mendengar suara kecil di minda berkata2 ( oyt Nyssa kursus kahwin pun tak amik lagi..OVER!)..terus tak jadi nak buat..hahaha..


hari ni aku nak buat entry pasal 5 langkah untuk merangkul kehidupan yang baik...

kenapa 5 je ? ..sebabnya yang lima pun belum tentu korang nak ikut..hahaha...demand eyh!

##  HENTIKAN ALASAN ::
 - - > berhenti mengkhianati tangga kejayaanmu dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah sayang ... jangan asyik menyalahkan diri dan memberi alasan bodoh di atas sesuatu perkara .. contonhya :

  • "ianya terlalu sukar, saya tak cukup bijak"...halo?..lebih tak bijak kalau tak mencuba oke?..
  • "saya tiada masa nak lakukan dua kerja..cukuplah kot dengan apa yang ada."..halo again?..kenapa kau ni hah..berusaha lebih untuk kejayaan anda..bukannya mengeluh dan membuat sambil lewa..
  • "ish..takutlah"..ni ayat COMMON kita dengar kan?..aku pun macam tu selalu..and still try cari jalan untuk mengatasinya...try to say NO kepada takut anda..

jati diri boleh diperbaiki dengan mengenali diri sendiri .. anda perlu memahami keputusan yang anda ambil walaupun ianya hanya memberi impak kecil dalam kehidupan anda .. ingatlah .. hentikan ALASAN..

##  PUPUK KESABARAN
- - > biarpun korang menjerit sekuat hati kerana terpaksa berratur panjang di kaunter bayaran ataupun mengamuk bila hasil kerja korang gagal dipersetujui anda tetap tidak dapat mengubah kenyataan yang berlaku dan yang anda perlu lakukan ialah BERSABAR..bersabar tidak bermakna korang seorang yang penakut atau tidak fleksible tetapi korang perlu menunjukkan sifat profesional dalam diri korang tu..tetapi hati tau sebab jangan terlalu mengawal semua benda ynag kadang tak masuk akal sebab nanti LIFE korang BOSAN..korang dah besar..tau fikir mana baik dan buruk kan..

##  TERUSKAN BELAJAR
- - > pendidikan bukan bertujuan untuk mendapatkan pekerjaan hebat tetapi lebih kepada pengalaman untuk kehidupan masa akan datang..kalau dulu korang gagal dapat masuk tempat2 belajar idaman korang mungkin korang boleh buat semasa korang stabil dan dewasa..PJJ ada meyh?..boleh sambung belajar lagi..tak pun ambil kursus yang ditawarkan oleh uninersiti atau pun kolej swasta yang lain..contohnya photografi, menjahit dan sebagainya..HENTIKAN ALASAN!..dan segera lakukan..mana tau ianya mungkin akan membuka peluang untuk cipta kehidupan yang lebih baik..

## BERFIKIRAN POSITIF
- - > "The way you choose to see the world is the way the world will be"..korang boleh memilih untuk bersikap positif dan ini boleh mengubah fikiran dan perasaan orang lain..ini kerana fikiran boleh menjana dan cara kita berfikir dan ini dapat membantu kita membuat pilihan yang tepat..apa yang korang bayangkan akan memberi impak pada perbuatan korang jadi BE POSITIVE..bayangkanlah betapa pemikiran dapat mengawal kehidupan!

##  BERLAGAK OKEY!
- - > berpura-pura menjadi seorang yang berkeyakinan dan terbuka..ini kerana mereka yang ada tanggapan lain pada korang akan ubah persepsi dorang..banyakkan latihan untuk tampil OKEYdihadapan orang ramai..bukan untuk mengajar korang berpura2 tetapi untuk memberi latihan agar anda kelihatan HEBAT di mata orang lain..dan percayalah..suatu hari nanti pura2 tersebut akan lenyap sekaligus diri HEBAT korang akan terserlah..

ini sahaja yang dapat aku kongsi bersama korang..hope ini dapat membantu mengubah korang dan diri aku sendiri ke arah yang lebih baik..

AMIN..

**oh ye..sebelum aku stop menaip aku nak bagitau korang nak minta korang doakan aku dapat kerja sebab aku bakal diinterview sebagai seorang PROGRAMMER isnin nanti..takut?...ye..(padahal baru tulis tips)..tapi ini yang aku mahukan..terima aksih kepada korang yang sudi memberi sokongan..semoga ALLAH merahmati kalian..**


WASALAM..


Tuesday, June 14

Drugs !

Assalamualaikum..

hari ini ingatkan nak buat entry pasal nak bagi tips kat pembaca blog aku tapi rasanya kena tukar kot..nak buat pasal dadah yang sering menyebabkan aku tetap menagihnya .. sounds weird right ? .. dadah jenis apa ye? .. mungkinkah dadah jenis heroin ? morfain ? candu ? ganja ? mahupun syabu ??? .. 

ouh na na na .. bukan itu yang saya maksudkan oke ? .. dadah ini adalah sejenis dadah yang sukar dilupakan .. mula2 aku menagih dadah jenis lain akan tetapi dadah yang ini lebih sukar untuk aku menolak ? ..mengapa ? .. mungkin kerana keistimewaan yang terdapat pada dadah itu sendiri .. 

so .. aku pun tak nak panjangkan entry aku dengan merapu yang bukan2 je .. korang layan je pictures of drug-that-drives-me-crazy ni .. 


muhammad adam sani 






**cukup banyak ni je kot..nanti takut orang muak tengok..=))

adam sani :: terima kasih

  • sebab tahan kerenah saya walaupun apa saja yang saya buat pada awak yang kebanyakkannya amat mengguris perasaan awak..
  • sebab sentiasa dan tak jemu menasihati saya walaupun saya ego dan kadang2 tak mahu dengar..
  • sebab belikan saya macam2 barang walaupun kadangkala saya tak reti jaga..
  • sebab call setiap malam walaupun kadang2 terpaksa keluar pergi topup malam2 sebab saya tetap nak awak call due to kredit saya yang sentiasa low..
  • sebab sanggup datang jumpa saya sebab jarak kita yang jauh..
  • terima kasih atas segala2 yang telah awak korbankan..hanya ALLAH mampu membantu saya membalasnya..
  • psssst....ilysm .. =)p


kenapa nak buat entry untuk dia ?? 

= sebab dia kata kenapa tak ada entry tuk dia?..kalau boleh nak hari2..banyak hensem muke kamu?..
= saja gatal nak share kebahagiaan dengan semua walaupun orang kata 'gedik ah kau nyssa'..
= sebab nak bagitau dia yang aku sangat menghargai kehadiran dia yang banyak menolong aku ke arah perubahan yang baik..Amin..

cukup kot 3 sebab je .. next entry aku akan bagi tips oke?..tips apa erk?..TUNGGU !! 

terima kasih sudi membaca ..

wasalam ..



Friday, June 10

BFF CONTEST !

Assalamualaikum .. 


semalam bersamaan 9hb JUN 2011 aku dan meyra idora check kat FB EIGHTDESIGNBOUTIQUE dan YAY!..gambar kami terpilih dan berada dalam kalangan  berpuluh peserta yang turut JOIN..gembiranya tak terkata..menang kalah adat pertandingan yang penting MENCUBA kan?..

kenapa kami join CONTEST ni?..sebab saja2 nak masuk je..kalau menang rezeki kami kalau kalah HEY?..kalah dengan orang yang cantik2 tau..tak RALAT kot..kikiki..sejarah persahabatan kami ::


= > berkenalan di kamsis PUO yang diperkenalkan oleh NABILA ARIF a.k.a NAB yang juga merupakan kawan sekuliah kami..dan rupa-rupanya bilik kami bersebelahan je..haish..kalau tak diperkenalkan mungkin tak tahu pun kan..hahaha..

= > menyewa satu rumah sewa bersama sahabat lain yakni HAMILA NAMIA, SHARIFAH NURIZMA, ASIAH HASSAN, dan SURAYA..kami satu bilik pula kali ni..!

= > pergi balik kuliah bersama-sama , bergaduh sama , enjoy sakan sama , almost all the things we share and done toGETher..

= > start hujung sem 3 dia bertudung dah .. and aku?..belum lagi..tak sampai seru lagi kot..kikiki..

= > menjalani latihan PRAKTIKAL di tempat yang sama plus rasa gaji berbaloi tuk bekerja di IPOH dan bukan ditempat masing2..=)

= > few days sebelum SEMESTER 5 i decided to wear HIJAB .. she is one of the influencer for me..thanks yunk!

= > sekarang dia bekerja di KUALA LUMPUR dan aku menganggur di rumah..kikiki..tetapi AMAZINGLY we contact almost everyday and still hot bergosip macam dulu..JARAK?..no hal bagi kami..

= > nurul azmira azmi .. im glad to have you as my friend..muahhx...!

oh ya..tolong KLIK LIKE ye untuk menyokong gambar kami..caranya senang sahaja .. klik sini untuk like page eightboutiquedesign dan klik sini untuk mengundi gambar kami..terima kasih kawan !


cuma aku hampa sikit..tak tahu kenapa gambar kami pecah..sedih je..um..tak pe lah..rezeki kami..hehehe..

** gambar yang dpertaruhkan di CONTEST eightboutiquedesign

Wednesday, June 8

hey enemy !

Assalamualaikum..


enemy ? musuh ? .. korang suka ke bila ada musuh or lebih dikenali dengan orang yang tak suka dekat korang ? .. mesti korang tak berminat kan tentang nak bermusuhan yang tak lagsung memberi faedah kepada korang mahupun musuh itu sendiri..


kalau korang tanya aku sama ada aku ada musuh ke tak jawapan aku simple je "TAKDE" .. sebabnya aku tak berminat cipta musuh .. lagipun bukan boleh buat duit pun kalau bermusuh ni .. kalau dia nak kawan .. come and be my friend .. kalau dia tak nak you may leave but i'll open my heart anytime .. ada yang tanya if aku terima balik tak sakit hati ke?..jawapan aku "ENTAH" ..sebab kalau nak fikir sakit hati sampai KIAMAT pun tak habis..sedangkan NABI MUHAMMAD S.A.W pun ampun kaumnya.. inikan aku manusia serba hina yang menumpang di bumi ALLAH ni..


oke..dah panjang lebar aku bagi mukadimah kan..aku nak bagi tips sikit kat korang macam mana nak tukar musuh menjadi kawan .. tapi sebelum itu kenali dulu tanda2 musuh@orang yang tak suka kita tu..contohnya ::


** bila korang dekat je dia jarakkan jauh dia dengan korang..walaupun korang dalam group yang sama tengah bersoseh-soseh..lagi syok bila dia siap tarik kawan2 lain suruh blah bila korang nak fit in a group..tak ada adab sungguh ..




** buat muka atau sedap2 je mulut dia bagi komen pedas padahal korang masa tu tengah cakap pasal hadiah cute yang korang baru dapat sempena hari jadi korang semalam.. wish pun tak dok main ngutuk je..

** buat2 tak ingat nama korang padahal satu kelas dari kecil lagi .. memang tempah kaki je..




** nampak korang je lari tak pun buat2 tak nampak la .. ataupun korang senyum dia buat endah tak endah .. dia ingat mungkin korang senyum dekat makcik jual air tu kot  walaupun makcik jual air tu bukan dekat belakang dia..


** mengutuk korang dekat membe lain.. baik punya !



** terlanggar korang ..without say sorry buat muka selamba badak blah dari situ and korang terpinga2 sambil angkat kening cam ziana zain ..


kalau ini hint2 yang korang dapat dari musuh atau kawan korang tu..hah!..sah lah dia nak jadi musuh korang je..kalau korang rasa malas nak ambil tahu stop read until this!..tapi kalau korang rasa tak nak lah bermusuh..tak CARA lansung lah..follow this tips..


**  make the first move - bukan langkah silat yang harus anda buka dengan kekuda tu.. tapi langkah untuk anda pulihkan keadaan korang berdua .. say HELLO or SMILE (not a fake one of course) ..ini akan membuatkan dia tertanya2 kan?..asal perempuan ni senyum plus cukup dengan hello dia pula?..hah..biarkan minda dia tertanya2..bila korang jumpa dia lagi buat perkara yang sama tapi kali ni cuba untuk berdepan pula..yelah mungkin sudah masanya untuk merobohkan dinding batu bata dalam hati kamu berdua..


**  break the ice - tak semestinya korang tiba2 hantar kad comel2 kat pintu dia tak pun tiba2 bagi hadiah misteri siap dengan bunga plus bedak..gila pe..mahunya dia pergi report polis kan..mulakan dengan bijak..ucapkan kata seperti "hey..nice to see you here"..ataupun "kita mesti berborak nanti oke..mesti hebat"..ataupun puji rambut @ fashion digayakannya..tak kisahlah apa pun korang nak cakap asalkan tak berbunyi plastik or FAKE oke..yang penting cuba..


**  give a helping hands - kalau agak2 nampak dia tunggu bas sorang2 jangan pula korang hon sambil lambai tangan dan beredar dari situ pula..tu macam nak suruh dia BAKOR korang je..apa salahnya korang berhenti dan pelawa dia kan so sweet namanya..ataupun tengok dia tersungkur korang pergi gelak tak ingat punya..dari korang tambahkan sakit hati dia help her out lah babe..mungkin dia akan ingat korang fake tapi agak2 dia terpukul tak dengan apa yang dia buat selama ni kat korang bila tengok korang baik dengan dia..hurmm.....i wonder...


**  hang out - kalau agak2 dia dah bagi hint yang boleh terima korang sikit2 apa kata tambah kepercayaan dia dengan ajak dia keluar..duduk sembang2 dengan STARBUCK or OLD TOWN seharian mungkin boleh membuatkan korang mati kutu nak sembang apa dah kan..apa kata ajak dia tengok movie ataupun girl's favourite!SHOPPING!..mesti korang enjoy!..


last but not least..


** trust your intuition - kalau korang rasa musuh korang tu memang BITCHY gila dan tak boleh dipercayai memang korang tak patut pun cuba step2 atas ni sebab walaupun berbuku2 orang nasihat korang..korang tetap akan fikir yang sama..cuba berfikiran positif dan percayakan naluri hati korang yang inginkan persahabatan yang lebih baik..insyaallah semuanya akan terjadi..


mungkin lepas tips2 ni anda akan jadi BFF..who knows right..GUD LUCK OLS..



that's all for now people..

wasalam..


Sunday, June 5

penghijrahan kot ??

assalamualaikum..kenapa tajuk hari ini penghijrahan ye??..coretan ini bukanlah untuk berceramah tentang penghijrahan simpulan bin simpulan ke negara simpulan..mahupun penghijrahan berjuta2 ekor burung yang ingin melarikan diri dengan musim sejuk yang bakal melanda di negara simpulan..dan aku dah merepek padahal tak terang2kan lagi penghijrahan tentang apa kan..and orang pun mula naik bosan dengan benda mengarut aku tengah taip..alah..praktis menaip kejap..hehehe..

oke..back to the topic for today..um..dia ni kira sahabat lama aku lah..hari ni dia balik kampung..rumah nenek dia dekat teluk intan..bagi orang teluk intan rumahnya kat kampung bahagia..tau kan..kan..kan...then nak dijadikan cerita dia ni ajak aku keluar kejap..jumpa jalan2 plus makan2 free yang dibayar oleh dia sebab katanya aku ni kurus melidi..bila nak besar tak tau..padahal empunya badan yang merepek pun lebih kurang je..kami ni dah lama tak jumpa..um..adalah setahun lebih juga sebab dia macam menteri..busy memanjang sampai aku naik meyampah..so..bila kami berjumpa....

(dialog ni agak ganas dan nampak kurang ajar tapi ni cara kami)


beliau ::   weyh..nyssa?..lain...pe jadi?..ingat sape tadi...

aku ::   ha la..sape lagi..ta kan hantu kot mengek..

beliau ::   (ketawa je) pe jadi?..ko betul berubah meyh?..

aku ::   ha la..salah meyh?..

beliau ::   tak salah..terkejut je..tak bagitau pun..

aku ::   pale ko..ko tu name je ade FB, MYSPACE, TWITTER, FRIENDSTER bagai..tapi ta reti2 ke nk     bukak??

beliau ::  (menyengih lak).. busy..kikiki..

aku ::   watever (muka tak puas hati )..

beliau ::   oke..sorryyyyy....tapi..betul..lain sgt...dulu cumil..now cantik dah bertudung...

aku ::   thnxxx...jom..lapar...

beliau ::   sejuk aty mak nyah...hohoho....


macam ni lah lebih kurang dialog aku time jumpa dia lepas setahun lebih..memang nampak dia terkejut pun tapi dia cool je oarngnya..terkejut pun cover je..ye lah..dulu aku FREE HAIR..dan sekarang berhijab..alhamdulillah..hampir setahun dah aku berhijab..kenapa?..orang kata aku dapat hidayah..sebab aku cerita mimpi aku kat beberapa kenalan rapat aku...tapi aku sendiri pun tak tahu sebab bukan ke hidayah tu kiranya orang yang bertuah je..bertuah ke aku?..insyaallah ye..

pengalaman ::  tak sesusah mana sebab aku ke kuliah pun bertudung..cuma nak lebih sikit aku ikut fesyen hijab now..ramai gadis2 yang dah berhijab now dan dorang superb cantik!..so aku cuma follow ternd sekarang and apply a bit gaya aku sendiri..kalau dulu separuh hari bertudung now almost a day!..and i praise to ALLAH for giving me a chance to change..

aku juga nak tunjuk gambar aku yang dulu dan sekarang..bukan nak tunjuk kegedikkan mahupun konon nak bajet comel aku tetapi aku cuma mahu berkongsi kegembiraan aku yang sekarang ni berhijab...dan saya sangat bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang..


waktu muda2 ..




yay ! dah dewasa lah...






okelah..nampaknya dah merepek jauh and i should end this..


thanks for reading ya !


wasalam..

Saturday, June 4

0uh lomo - lomo !



assalamualaikum ,,

hari ini macam biasa untuk seorang penganggur seperti aku .. duduk melepak dalam bilik je .. kadang2 tengok siling rumah .. kadang tengok adik-adik kecil yang membesar di depan mata, kadang tengok emak yang dok ke hulu ke hilir, kadang tengok abah yang cam menteri, tengok abang yang keluar melepak dengan kawan bagai nak rak (cambest..nak juga)..tapi aku..memerap je dalam bilik..haha..

oke enough with that merepak NYSSA!..urgh!..but then aku search kat GOOGLE kan..saja je gatal2 tangan pergi search benda bukan2 (of cos bukan porno dan seumpamanya oke?..im clean..hahaha)..tiba2 aku ternampak benda yang walawei! cute bangat kot..lepas tu aku godek2 lah jap tengok pe yang ada lagi kan..tiba2 ada satu feeling yang buat aku ingin memilikinya..aku godek2 lagi cari info pasal benda ni..aku pernah tengok..most people sukakan benda alah ni sebenarnya cuma aku tak pernah pegang lagi ( which is ya..so not-up-to-date kan) ..

so aku pun tanam lah hasrat nak ada satu..lantak lah dapat ke tak janji tanam hasrat kan..kan..kan..hahaha..aku nak cerita benda ni aku tak expert lagi sebab baru hari ni nak tengok setelah sekian lama mencemburui orang yang memilikinya..kalau korang nak gak tengok or nak info klik sini ..pehtu hah!amek lah korang godek2 lah..banyak lagi sebenarnya..kat sini dia ada tunjuk spesifikasi, jenis camera, and beberapa benda penting..nak tahu lebih jom jengah laman sesawang itu oke?..ada juga blogger yang buat entry pasal LOMO ni macam blog ni ( klik sini )..apa2 pun try lah tengok benda alah yang kiut miut ni oke?..

jom kita USHA sikit si COMEL ni ..


Diana Mini En Rose yang superb !


Diana Mini "Love is in the Air" yang cool !





Yang ni cuma alahai secoit je daripada beribu yang dah diperkenalkan..
korang belum tengok yang lain laghi..boleh gila weyh..
apa lagi.. jom berLomo-lomo!..


happy searching and reading ya'll !

wasalam ..

sweet memories !

assalamualaikum ,, 


entry ni dibuat kerana aku rindukan PUO yang hampir 3 tahun membiarkan aku bernaung dibawahnya..mula2 lepas SPM hati ni bebal juga sebab dengan keputusan yang aku kira ok lah aku still tak dapat U dan puas jugalah mak aku pujuk supaya aku terima je POLI ni..aku masuk pun lambat seminggu..orang dah menatap buku aku baru tergedek2 nak masuk..mak kata::mungkin ada hikmahnya...


ye mak..terima kasih sebab yakinkan nyssa..memang ada hikmahnya..BECAUSE..


***  aku ditempatkan di DIPC..kelas yang SUPER HAVOC!..kelas yang dipenuhi GIRLS je..dengan 3 ekor kumbang(sorry tiada gambar)..dengan pelbagai ragam, gaduh?, ketawa?, menangis, dan DRAMA, DRAMA, DRAMA,..tetapi ni lah yang buat jantung aku berdenyut laju kerana ragamnya......ouh ya..dalam kelas ni ada seorang gadis yang amat aku suka..suka tengok lah..boleh tak jangan fikir negatif je..dia lemah lembut..cantiknya asli tapi bukan orang asli ok..tak tahu macam mana dia boleh begitu sopan (ayat tak boleh terima diri yang kasar)..dan sangat suci lah cara dia..nak cakap kat dia malu..mesti dia cakap "eyh..mana ade..ko ni"..tapi hakikatnya aku suka perwatakkan yang ditonjolkannya..nak tahu tak?..akhir entry aku bagitau oke?..baca dulu..oke?..



tiada dalam gambar - mimiey sauti, azieyla, botak, wan, zaki 

jom kita tengok gambar lagi nak?


aku, meyra, dan mimiey 


mira plento, ekin techik , ayu


aku, meyra, dengan hana nordin


alolo... how sweet..jangan marah ye..


with cik yang dah jadi PUAN hafizah ..


halo? kau ada?..semua hot oke..lalalala..


bella ayub  , mimiey, meyra, aku


yang tiga kat tengah dah macam nak nyanyi dah..


ketua dan penolong..22 masuk air punya olang ..


tiga sahabat yang mental aku rasa..tapi FUN habis!



***  tak cukup dengan itu aku dapat teman tapi mesra yang memang cool gila lah..bila dengan dia aku rasa dunia ini ana yang punya..yelah..semua benda buat sama kot - meronggeng (menaiki motosikal buat sesiapa yang tidak tahu), menyongket, menyakat , mentedarah, bermain hujan, macam2 lagi lah..dia ni layan je kepala aku sampaikan aku nak pergi air terjun dan hampir lemas pun ada..bunyi macam huduh kan tapi bagi aku alololo-you-are-so-sweet!..hahaha...aku suka panggil si huduh tapi tak bermakna dia huduh ok?..cuma suka2 je..dia pun buat benda yang sama..tu lah yang best dengan dia..sempoi..!..orang kata kami TWINS..tapi salah seorang dari kami mesti cakap "halo?aku lagi lawa oke..ta nampak ke tu?"..minah ni..


NURUL AZMIRA AZMI @ Meyra Idora








***  housemate yang sempoi !..macam2 ragam mereka ni..dari aku berjiran di KAMSIS sampailah serumah kat PEKAN RAZAKI tu..dengan dorang semua pun boleh..kat orang macam2 pe'el...macam2 perangai..kami gaduh sama, merajuk, berphotoshoot, berdrama, yes!..berdrama..korang ingat lagi tak drama yang paling HEBAT?..hahaha..seriously i miss those days with this girls..



nina . meyra . alim . chepah . ceah 



kanan sekali - suraya


and more of them..







***  selain itu, PUO telah menjadi tempat perkenalan baru bagi aku dimana aku telah berjumpa dan menghulur salam perkenalan pada mereka..ewah...orang yang dipanggil sahabat dan sentiasa menghiburkan.. (gambar diletak secara random).. they are ....


DIPA yang kebanyakkannya aku pernah bertegur sapa ..




jejaka kacak lah konon .. they call me maggot..


miss caki yang cun woo..angelina jolie PUO..



izzati dan nafis yang so-sweet !


neddya salim


ayai from DIPB


che ayana , zul kamal dan esan


hunny


achai ax


adam hillaludin


hafizuddin a.k.a along


budak DPU


adi suda - adik angkat meyra


si cantek cawal


abul and the gang..



ahpa 


azie


nana and wahida


sebenarnya banyak lagi so korang tak expect aku nak letak berpuluh ribu yang aku kenal kan kat sini?..lagipun bukan semua aku ada gambar..nak culik kat FB tapi nak cari payah lah..nama dah tukar..pelik2..hehe..korang yang kenal aku tau kan aku sentiasa ada untuk korang ( propa sket)..thnxx untuk masa yang singkat perkenalan kita and ianya tak berakhir kan?..moga ketemu lagi ya..


dah penat menaip..bukan penat menaip..actually penat tempek gambor je..kikiki..ni lah gadis yang saya cakapkan tadi..bukan nak ambil hati dia tp aku memang nak cakap cuma segan..haha..seorang yang tiada masalah dalam kelas , dengan kerja, lecturer mahupun rakan2 dan sangat dikenali dengan kecantikkan asli!,,,phewwittt...!.DIP6C..siapa setuju angkat tangan macam saya..(tau kan macam mane kan?)..

Nur Aliaa Addly @ leya



ok lah..sampai sini sahaja..


ENJOY READING YA...

wasalam ,,