Followers

Sunday, November 13

ANUGERAH AIM TERBAIK!

Assalamualaikum..

Akhirnya debaran untuk Anugerah Berprestij iaitu Anugerah Industri Muzik ke-18 telah terjawab apabila calon-calonnya yang bertuah telah berjaya merangkul anugerah-anugerah yang dipertandingkan seterusnya menaikkan taraf industri muzik kita.

Bertemakan Bergemerlapan dan Glamor, anugerah yang dikemudikan oleh AC Mizal dan Zizan Razak ini telah disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), jam 9 malam.

Terdapat 18 kategori yang telah dipertaruhkan dan berikut adalh pemenang bagi anugerah AIM ini : 
  • Artis Baru Terbaik - Najwa
  • Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu -Jaclyn Victor,Shila Amzah,Ning Baizura/Beribu Sesalan
  • Lagu Pop Etnik Terbaik - Joget Tak Senang Hati/Mohariz Yaakup/Azalea/Adibah Nor
  • Lagu Nasyid TerbaikPedoman(VOU)/Johan Nawawi/Shah Mohamed,Hafiz Tarmizi,Johan Nawawi/Nora Feat VOU
  • Lagu Rock TerbaikPelita/Loque/Loque/A.P.I
  • Rakaman Album Terbaik - Keith Yong/Realize/Reza Salleh
  • Kulit Album Terbaik -Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd/Urusan Aizat Amdan/Aizat Amdan
  • Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu -Syed Shahrir Faisal Syed Hussain/Jeritan Batinku/ Sheila Majid
  • Lagu Inggeris Tempatan Terbaik -Got To Go/Najwa/Najwa/Najwa
  • Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang di Persembahkan oleh Artis Luar Negara -Ku Menunggu/Mery LC/Mery LC/Rossa
  • Lagu Pop Terbaik - Sedetik Lebih/Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Anuar Zain
  • Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) -Yuna/ Penakut
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)- Anuar Zain / Sedetik Lebih
  • Video Muzik Terbaik -Ahmad Farish/Susun Silang Kata/Aizat Amdan
  • Album Terbaik -Magada Entertainment Sdn Bhd/ The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid/ Sheila Majid
  • Lagu Terbaik - Yuna
  • Artis Kembara - Yuna
  • Artis Mobile Celcom Terbaik - 6ixth Sense
  • Anugerah Sri Wirama - Beh Suat Peng

And they deserved the award!

Pada malam berlangsungnya anugerah ini juga penonton telah disajikan dengan persembahan yang bertenaga diantaranya Shila Amzah, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Mawi dan Akhil Hayy, Hafiz AF7, Stacy, Meet Uncle Hussain, Hazama, 6ixth Sense, Rahmad dan Zamani Slam. Suasana yang meriah dapat disaksikan sepanjang berlangsungnya anugerah ini terutamanya semasa lagu-lagu persembahan karaoke dinyanyikan. Penontonnya sangat teruja dengan persembahan yang diaturkan semalam.

Tidak lupa juga pada dua penyanyi cilik youtube yang salah seorangnya dijemput khas untuk anugerah ini iaitu Greyson Chance dan sweet Najwa Latif yang mendendangkan tiga buah lagu.

Sementara itu kesemua artis yang hadir tampil dengan pakaian yang elegan dan anggun serasi dengan tema pada malam itu iaitu Bergemerlapan dan Glamor.Diantaranya,

yes!..memang aku datang nak STALKER  si cantik ni..Yuna and Qi..

Shila Hamzah..artis yang paling diberi tumpuan kamera..

great combination!..Greyson Chance and Najwa Latif

eyh?????...hahaha..

and that's my story for this AIM 18..it was a great experience and thanks to my dear Erra Asmuni for this memories!

Wassalam..


Friday, November 11

11/11/11

Assalamualaikum..


oke..hari ni excited sebab tarikhnya sangatlah kiut..11/11/11..wow!..
hopefully great things happen today and i pray to ALLAH for the best!..
Amin..
oh ya..this is my first day of working after 11 days of holidays..gempak huh?..
so im hoping today will be a great day to start!
ENJOY!


Wassalam..