Followers

Friday, December 30

ENTRY TERAKHIR !!

Salam Jumaat,

ye..tajuknya sudah menyedihkan aku kerana ini mungkin entry atau coretan terakhirku..tetapi mengapa?..adakah aku tidak lagi mahu menjengah blog ini?..adakah aku sudah mulai bosan?..adakah aku sudah mula ingin melupakan blog yang sudah menemani aku sepanjang tahun ini?..

ya..kau mungkin sudah mula lupa daratan nyssa..Ya Allah..mengapa kau seperti kacang lupakan kulit..setelah kau menghabiskan sebahagian hari kau di sini kau sudah berani meninggalkannya..adakah kau hilang akal?!..jangan begitu Nyssa..bukan begini caranya..

mengapa?
.
.
.
.
.
.
.
.
kenapa?
.
.
.
.
.
.
.
.

bagaimana?
.
.
.
.
.
.
.
.
tiba-tiba...

**gambar bajet kiut!..


wink!..gilaaaa...tak mungkin aku ingin melupakan blog yang sangat berjasa pada aku ni lah!..ye mungkin aku tidak sePHEMES anda tapi aku bersyukur kerana di sini tempat aku menambah ilmu dan menulis apa sahaja yang aku fikirkan..terima kasih blog kerana sudi menemani hari-hariku..

tentulah aku tak kan melupakan blogku yang tersayang ni..sebenarnya aku bukan lah lupa pada blog aku ni..yela..memanglah last entry..nak tahun baru lah!..yay!..makin tua.. =,=' ...

bila tahun baru maksudnya apa ye?..
-umur makin tua..
-tanggungjawab makin banyak..ececece..
-perangai makin matang..*hopefully..=)
-dah boleh kahwin..hooyeah!..*wink..

Alhamdulillah sepanjang tahun ini banyak perkara baik yang telah berlaku..terima kasih ALLAH diatas peluang ini..semoga aku semakin bahagia dan bekerjaya pada tahun hadapan..amin..=)

jumpa lagi di tahun hadapan ye kawan-kawan..

goodbye 2011 .. Assalamualaikum 2012 !!

wassalam..

lovenyssasaad

Friday, December 23

11 things..

Assalamualaikum..

oke.. ni lawak.. aku memang tak pernah di TAG sebab aku baru je berblogging nie.. buat blog pun sebab suke2 kononnya nak jadikan blog ni diari aku lah.. so korang jangan gelak2 sebab aku tak pernah ditag erk.. tumbuk nanti..hahaha.. dan oleh sebab aku telah diTAG so aku kena ghajinnn kan diri aku menjawab..

thanks to miwa seoarang sahabat yang rajin menTAG benda alah yang fun cenggini.. sayang awoookkkkk..!

RULES

You must post this rules
- Each person must post 11 things about themselves in their journal
- Answer the questions the tagger set for you in their post
- Create 11 new questions for the people you tagged to answer
- You have to choose 11 people to tag and link them on the post
- Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
- No tag back
- No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU'LL ARE READING THIS YOU LEGITIMATELY' (a.k.a TRUST, REALLY, WILL BE HONESTLY) have to tag 11 people 


11 perkara tentang aku ::

- garang !... yes!.. aku seorang yang garang.. sebab apa aku garang aku pun tak tau.. sejak dari azali kot.. hahaha..

- dalam garangnya ada kelembutan .. ececece .. bak kata orang yang rapat dengan aku lah.. aku garang tapi aku lembut dengan insan terpilih je.. haaa... gitu.. hahaha.

- kuat makan.. tapi tak besar2.. itulah masalah aku sekarang.. bukan lah tak bersyukur tapi keding aku dah macam orang sakit.. korang ingat aku tahan orang asyik tanya aku sakit ke tak akibat kekurusan ini.. haish .. aku sedang berusaha untuk menaikkannya..muahahaha..

- suka bergurau..gurau kasar sebenarnya.. kalau sesiapa yang dah biasa dengan aku faham la..sesiapa yang belum tahanlah..hahahahah..teeeeeeeeettt..

- seorang yang peramah orangya dan banyak cakap..cakap..cakap..dan cakap tanpa henti.. mau lawan ? ..bring it on.. =)

- suka matching2 baju ke..tudung ke.. sebab aku suka benda warna-warni..sampai bos aku kata ' kau jangan nak ceria macam traffic light boleh?'..haha.. ada aku kesah?

- suka buat orang gembira (kata orang..hambik kau puji diri sendiri).. suka juga buat orang marah ( tu si dia je)..

- suka shopping tapi duit selalu tak cukup and end up dengan kiciwa... wawawawaw..

- tak suka orang yang tak menghargai oarng lain.. dah boleh bagi kaki dah tu..

- sangat sayang pada mak sampai abah terasa.. mahap abah..ampuuunnn...hahaha..

- dan..finally...aku dah terfikir nak kahwin..pergghhhh..gempak tak?..hahaha..tapi duit takde lagi lah weyh.. siapa nak loankan?.. muahaha..(takde benda nak share dah sebenarnya)..hahaha..

dan 11 question from the tukang tag ::

1)Your favourite song ever?
lagu disney - whole new world .. sebab pe ntah..minat dari kecik kot..konon dengar tiba2 rasa dia comel..errrkkkk...

2)Your hometown, and tell me what is the most interesting about your place :)
Teluk intan..pergh..apa je yang tak best kat sini..semua best tau!..korang boleh tengok menara senget.. =_=' ..best kan??

3)What is in your handbag now? 
pergh..banyak barang kot..aku memang suka bawa barnag banyak2..terasa lengkap hidup..muahahaha..eyeliner and mascara silkygirl..blusher and lotion from elianto..woman things(you know kan)..handkerchief..phone..purse..spectacles..pen and note..medicine..(aku selalu sakit la)..and finally vaseline..banyak kan..

4)What do you think about my blog? Describe it in one word. Hihi
comel..and your banner..comel betul lah!..gewaaammmmm tau awww(sebut cara gedik terlampau)..

5)What is your favourite brand (cloth/shoe/handbags/etc) and why do you like them?
calvin klein and guess untuk masa sekarang..sebab seluar dia cantik2..tapi mahal..mengong.. =_='

6)Tell me your current obsession.
vochelle chocolate..kalau takde dying wooo.. ni pun penyumbang kepada mama kedana..haish..

7)Between Blackberry and IPhone, which one do you prefer to buy? And why? 
Iphone..sebab nak sama dengan si dia..boleh?

8)Where did you and your crush first met? 
myspace (he actually one of my friend)and after that tempat ala2 cafe sambil pekena cappucino..kau ingat kau orang peghanciss ye nyssa?..cisss...

9)Most expensive gadget that you ever buy with your own money? 
my own lappy..tu je paling mahal then rosak..nice...=_='

10)Which one do you prefer? GENTING/KRABI/CAMERON/PORT DICKSON/HATYAI/BALI/LANGKAWI/FERINGGI/PESTA PENANG? Hahahaha
tak tau..ada ebebrapa tempat yang dah pergi tapi cam biasa je..bali kot..tak pernah lagi..hehehe

11)Your current mood? 
sick..flu attack..

11 question untuk awak yag diTAG pula..!

pening2 lah nak bagi korang soalan sebab aku biasa jawab bukan bagi soalan..haha..minta pendapat kawan tapi dorang merapu..sampai hati tau!..hahhaa..ni soalan untuk korang oke?

- nama timangan anda yang tak lekang dipanggil orang sampai sekarang?

- satu peristiwa yang anda tidak dapat lupakan? kenapa?

- kartun fantasi feveret anda!?kenapa ye?

- barang yang paling anda sayang didunia!.

- kalau anda diberi peluang untuk ubah hidup anda..apa yang anda mahu ubah..(ni soalan je..don't take it serious)..

- buat blog ni best ke?..kenapa eyh?..

- ada haiwan peliharaan tak?..namakan dan kenapa anda memilih si comel itu untuk dijadikan pets?

- perkataan yang sering kali anda ucapkan dalam sehari..it's like every 30 second!

- nama teman baik anda dan describe the person?

- perkara pertama yang akan anda lakukan apabila membuka (on) lappy anda?

- soalan terakhir..facebook OR blog?

11 orang2 comel yang diTAG ::

kawan sekolah rendah..miss you babe!..annurindieholic

awek cantik.. cakidot !

kakak kesayangan yang lawa !.. erra asmuni

si kecik nadia !

kawan sekolah menengah si nuyie..!

another kawan sekolah menengah.. oh una!

budak pinky si deyda..!

si gadis gitar .. yusmardiana ..

dan tiga kenalan baru yang comel bangat deyh!

cik anis .. =)

cik farzana .. =)

cik adiela.. =)

maaf jika entry ini terlalu panjang untuk dibaca tetapi terima kasih kerana anda sudi menyinggah.. untuk yang diTAG semoga meghajinkn diri membalas yuh..hahaha..padan muka korang kena buat entry panjang2 gak..weks..

wassalam..
lovenyssasaad

Monday, December 19

THE CELEBRATION !

Assalamualaikum..

setelah sekian lama merancang akhirnya terlaksana juga majlis yang ingin diadakan bagi meyambut hari kelahiran seorang sahabat yang diberi nama NURUL AZMIRA AZMI..majlis ini tidaklah seGAH! orang lain tetapi Alhamdulillah ianya berakhir dengan kegembiraan yang tidak terhingga..Now let the picture speak!..=)


the masterplan and the banker..wakakah..thanks honey for the support!


the bufday GIRL!


the cake .. nyum3..

the crowd !..thanks all..

and the moments !!!!!!!!!






dan ianya berakhir dengan TREAT from the bufday girl..
wah!!..sangat beruntung oke!..


TERBAIKKKKKK!

pertama sekali..terima kasih kepada si dia kerana banyak membantu saya..terima kasih kepada kawan2 yang sanggup meredah hujan kerana ingin melaksanakan impian saya..dan terima kasih kepada sahabat yang berasa gembira untuk sambutannya..

terima kasih ALLAH..

wassalam..

p/s::maaf jika gambat memberatkan proses loading......

lovenyssasaad

Wednesday, December 14

Wordless Wednesday # 5

Assalamualaikum..


shhh....there will be something great this weekend....Insyaallah..

wassalam..


lovenyssasaad

Thursday, December 8

BACKGROUND BARU!

Assalamualaikum..

hey PEEPS!..hahaaha..tengok2 BLOG aku yang baru..rajin gila kan aku tukar background and surrounding dia..tak tau lah mana datang rajinnya..mungkin sebab aku sendiri dah bosan tengok..korang lak mesti bermillion2 menyampah tengok kan..hahaha..so aku bagi perception baru tuk korang..*kalau korang memang menyinggah la ye..  -_-'


ouh ya..its not PINK anymore..!..*wink


ENJOY THE NEW LOOK!

wassalam..

Wednesday, December 7

new header !

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..setelah sekian lama..
 akhirnya sempurna juga niat ku untuk menukar header blog ini..
maaf jika header nya tidak segempak anda..
maaf juga jika pemiliknya jarang menulis..
dan maaf untuk ketidaksempurnaan itu..



Wassalam..

Wordless Wednesday # 4

Assalamualaikum..


:: trying to learn from it :: 

wassalam.

Saturday, December 3

new life !

Assalamualaikum..


yes!.. finally I own this..!..and I am really..really..I mean..really..really happy..meet my new pets..beby mooku and Mr.kooku..!..now I will be more busy expecially menjaga mereka..this is my second pets after my turtle mokmok..I am so excited and I really hope this will be a great experience for me..



beby mooku and Mr.kooku

wassalam.

Sunday, November 13

ANUGERAH AIM TERBAIK!

Assalamualaikum..

Akhirnya debaran untuk Anugerah Berprestij iaitu Anugerah Industri Muzik ke-18 telah terjawab apabila calon-calonnya yang bertuah telah berjaya merangkul anugerah-anugerah yang dipertandingkan seterusnya menaikkan taraf industri muzik kita.

Bertemakan Bergemerlapan dan Glamor, anugerah yang dikemudikan oleh AC Mizal dan Zizan Razak ini telah disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), jam 9 malam.

Terdapat 18 kategori yang telah dipertaruhkan dan berikut adalh pemenang bagi anugerah AIM ini : 
  • Artis Baru Terbaik - Najwa
  • Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu -Jaclyn Victor,Shila Amzah,Ning Baizura/Beribu Sesalan
  • Lagu Pop Etnik Terbaik - Joget Tak Senang Hati/Mohariz Yaakup/Azalea/Adibah Nor
  • Lagu Nasyid TerbaikPedoman(VOU)/Johan Nawawi/Shah Mohamed,Hafiz Tarmizi,Johan Nawawi/Nora Feat VOU
  • Lagu Rock TerbaikPelita/Loque/Loque/A.P.I
  • Rakaman Album Terbaik - Keith Yong/Realize/Reza Salleh
  • Kulit Album Terbaik -Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd/Urusan Aizat Amdan/Aizat Amdan
  • Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu -Syed Shahrir Faisal Syed Hussain/Jeritan Batinku/ Sheila Majid
  • Lagu Inggeris Tempatan Terbaik -Got To Go/Najwa/Najwa/Najwa
  • Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang di Persembahkan oleh Artis Luar Negara -Ku Menunggu/Mery LC/Mery LC/Rossa
  • Lagu Pop Terbaik - Sedetik Lebih/Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Anuar Zain
  • Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) -Yuna/ Penakut
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)- Anuar Zain / Sedetik Lebih
  • Video Muzik Terbaik -Ahmad Farish/Susun Silang Kata/Aizat Amdan
  • Album Terbaik -Magada Entertainment Sdn Bhd/ The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid/ Sheila Majid
  • Lagu Terbaik - Yuna
  • Artis Kembara - Yuna
  • Artis Mobile Celcom Terbaik - 6ixth Sense
  • Anugerah Sri Wirama - Beh Suat Peng

And they deserved the award!

Pada malam berlangsungnya anugerah ini juga penonton telah disajikan dengan persembahan yang bertenaga diantaranya Shila Amzah, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Mawi dan Akhil Hayy, Hafiz AF7, Stacy, Meet Uncle Hussain, Hazama, 6ixth Sense, Rahmad dan Zamani Slam. Suasana yang meriah dapat disaksikan sepanjang berlangsungnya anugerah ini terutamanya semasa lagu-lagu persembahan karaoke dinyanyikan. Penontonnya sangat teruja dengan persembahan yang diaturkan semalam.

Tidak lupa juga pada dua penyanyi cilik youtube yang salah seorangnya dijemput khas untuk anugerah ini iaitu Greyson Chance dan sweet Najwa Latif yang mendendangkan tiga buah lagu.

Sementara itu kesemua artis yang hadir tampil dengan pakaian yang elegan dan anggun serasi dengan tema pada malam itu iaitu Bergemerlapan dan Glamor.Diantaranya,

yes!..memang aku datang nak STALKER  si cantik ni..Yuna and Qi..

Shila Hamzah..artis yang paling diberi tumpuan kamera..

great combination!..Greyson Chance and Najwa Latif

eyh?????...hahaha..

and that's my story for this AIM 18..it was a great experience and thanks to my dear Erra Asmuni for this memories!

Wassalam..


Friday, November 11

11/11/11

Assalamualaikum..


oke..hari ni excited sebab tarikhnya sangatlah kiut..11/11/11..wow!..
hopefully great things happen today and i pray to ALLAH for the best!..
Amin..
oh ya..this is my first day of working after 11 days of holidays..gempak huh?..
so im hoping today will be a great day to start!
ENJOY!


Wassalam..

Wednesday, October 26

Wordless Wednesday # 3

Assalamualaikum..


let the picture speak..

Saturday, September 10

EID MUBARAK II

Assalamualaikum..


yeah2..kembali with the second part..yang ni nak tunjuk sikit gambar2 raya kedua dan ketiga yang havoc dilerjakan aku dengan kasih sayangku sekalian..maklumlah..cuti sampai raya keempat je..tu yang sakan tu beraya sampai bumbung rumah pun segan je nak tengok..haha..





raya kedua bersama si dia dan adik comot..farasyahira saad





dan raya ketigaku bersama gadis-gadisku yang GORGEOUS!


finally, selamat hari raya maaf zahir batin diucapkan kepada semua..bagi yang masih diMOOD raya..teruskanlah membuat aku cemburu dan bagi yang sudahpun bekerja atau study..teruskan usaha anda dengan jaya oke!..

wassalam..

Saturday, September 3

EID MUBARAK PART I

Assalamualaikum..

salam aidilfitri..sememangnya bahang hari raya masih terasa..maklumlah baru hari kelima..dan aku?..stuck di ofis menunaikan tanggungjawab mencari rezeki..apa-apa pun alhamdulillah aku dapt merasa merayakan hari raya dari pertama raya hinggalah raya keempat..walaupun berat hati untuk meninggalkan kampung halaman ku namun aku gagahkan juga menahan sebak dan airmata ini..ececeh...rindunya kat teluk intan..itulah panahan kampung halaman..

hari ni aku nak buat entry yang melibatkan gambar2 rayaku yang menjadi igauan kerinduan diri sendiri pabila menjejak kaki di kota raya..haish!..ni first time rasakan entry aku nak bubuh million2 gambar sampai korang muak nengoknye...kikiki..maklumlah memandangkan aku cuma rajin menaip je selama ini dan bukannya meletakkan gambar..jangan risau bukanlah gambar semata2..siap description sekali..kalau tak nanti korang tak tahu la plak..

presenting first raya morning with loveable family...



yong and the brothers !


abah and grandson !


younger sibling..


my  hero !


me with heroes !


moments raya with him  !..love it!






raya with beautiful ladies !









rasanya sampai sini je..haiiiiippp!..tapi ni baru part I tau!..nantikan sambungannya..auuwww...

wasalam..



Monday, August 29

HAPPY EID MUBARAK!

Assalamualaikum..


semoga hari raya kita semua lebih bermakna pada tahun ini..amin..

wasalam..

Sunday, August 28

WE HEART YOU..

Assalamualaikum..


satu kisah tentang seorang sahabat yang amat kami sayangi..seorang yang sangat periang dan kadang kala telatahnya amatlah mencuit hati..seorang yang sentiasa dilihat seolah-olah tiada masalah dalam dirinya dan kadang kala perasaan cemburu menjengah minda melihat perwatakannya yang sangat ceria..


satu kemalangan sebelum HARI RAYA amatlah memberi kesan kepada kami sebagai seorang yang amat menyayangi beliau..kemalangan yang tidak diketahui puncanya dan seterus mengakibatkan beliau terdampar di ICU Sungai Buloh..keadaan beliau parah tetapi berbekalkan semangat terutamanya dari yang tersayang beliau bertahan sehingga ke hari ini..


daripada hanyalah kemalangan yang membabitkan patah tulang dan beberapa luka yang akan memberi kesan sehinggalah kepada masalah pernafasan paru-paru yang menyebabkan beliau ditolak ke ICU..


selepas pembedahan kemasukan besi semalam beliau masih tidak sedarkan diri..mungkin disebabkan ubat pelali yang telah dibius oleh doktor..aku di sini hanya mendoakan yang terbaik untuk beliau..dan bukan aku sahaja..malah semua insan yang mengenali beliau..terutamanya yang tersayang..


dikesempatan ini.walaupun beliau berkemungkinan tidak membaca..aku ingin memyusun sepuluh jari memohon kemaafan diatas kesalahan aku sepanjang aku mengenali kau HAFIZUDIN NASRI ..terlalu banyak masa2 persahabatan kita yang dilalui bersama..doaku semoga kau kembali tersenyum..


YA ALLAH..kau sembuhkanlah sahabatku ini,kau berikanlah beliau kekuatan dan semangat kepada beliau..semoga doaku serta orang2 yang mengasihinya dimakbulkan..amin~


we LOVE you along..

dikesempatan ini juga aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini..semoga di hari yang mulia kita sama2 menginsafi diri dan saling memaafi..SALAM AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN..


wassalam..



Wednesday, August 24

Saturday, August 13

saturday story

Assalamualaikum..

sebelum tu mesti korang pelik kan?..aku ni dah lah memanjang bz (ececeh)..tapi sabtu ni sempat lagi aku nak menaip di blog yang penuh sawang ni kan?..hahaha..akan ku jawab soalan itu...kikiki..sebenarnya pagi ni aku kerja..kena ganti orang..so sebab tu lah aku boleh mengHUPDATE ni dan disebabkan tak banyak kerja aku kena handle aku pun menapak lah di sini..

so hari ini aku nak cerita yang aku baru je pergi tengok movie..lepas balik kerja semalam si DIA book tiket dan dapatlah tiket pukul1..hah!..tak nak hengat lak kan aku kerja 730am sabtu paginya(bermaksud hari ini)..aku pun redha sebab dah kemaruk sangat nak tengok wayang..hahaha..

so aku nak cerita sikit pasal movie yang aku tengok semalam..ceritanya diberi nama CAPTAIN AMERICA...korang tau kan pasal komik ni....bagi sesiapa yang tak tahu pula..ini adalah adaptasi dari komik CAPTAIN AMERICA sendiri ala kartun keluaran MARVELL tu..

pelakon kacak yang telah membintangi filem ini adalah CHRIS EVANS(steve rogers) dan gadisnya adalah HAYLEY ATWELL(peggy carter)..manakala watak antogonisnya dilakonkan oleh HUGO WAVING(johann schdmit)..selain itu watak2 sampingannya amatlah SUPERB dan bagiku filem ini msememangnya TWO THUMBS UP!!..

kisahnya bermula apabila STEVE ROGERS menawarkan diri untuk berjuang di dalam ketenteraan dan beliau tidak berjaya tetapi beliau telah diberikan peluang untuk menawarkan diri untuk projek penyelidikan negara di mana peristiwa ini telah mengubah nasibnya..beliau dikenali sebagai seorang hero yang memegang nama CAPTAIN AMERICA..endingnya..agak tidak memuaskan hati tetapi cukup meninggalkan tanda tanya pada penontonnya..

so..apa lagi ALL..jom ke pawagam berhampiran anda sekarang..weeeeee...

ENJOY WATCHING!

WASSALAM..




Friday, August 5

NAK RAYA!

Assalamualaikum...


oke..mesti pelik kan..baru je start puasa aku dah kecoh nak raya..bukan apa..excited kot..tapi still tak tahu dapat raya ke tak memandangkan aku ni junior kat tempat kerja aku..hope dapat lah raya..nak raya dengan mak..uwawawawa....bulan puasa ni pun harap2 dapatlah berbuka dengan family..walaupun sehari mesti aku cukup gembira...


tiba2 teringat waktu kecil2 dulu..ye lah..mana tak nye..time budak2 dulu dapat main mercun..itu dah paling HEAVEN lah bagi kanak2 yang sebaya dengan aku..sampaikan ada satu hari main mercun punya pasal aku balik lambat plus pakej mencederakan anak orang kot..apa lagi?..dapat lah hadiah iaitu telinga diPIAT..azab wooo...tapi..nama pun budak2 kan..mana nak INSAFnya oyt..hahaha..


selain mercun..perkara yang boleh membuatkan mataku BLING2 adalah apabila mak menjanjikan akan memberi ganjaran jika puasa kami penuh..teringat lagi abang suka mengelat tau!..aku dengan adik selalu YE kan je!..tegok..baik tak kami..haha..dan bila tiba hari raya dapatlah habuan..kadag2 sampai beratus!..tu yang paling hebat!..sayang MAK!


mercun dan ganjaran dah dapat...yang paling PENTING adalah.....BAJU RAYA!...tima ni lah kami gila untuk memilih baju yang paling cantik..kalau boleh nak membanding2 woo...kalau tak dapat apa yang aku nak mulalah aku hentak2 kaki pakej dengan muka huduh keluar..hahaha..last2 mak setuju..SAYANG MAK lagi..


korang pun mesti ada kenagan korang sendiri kan?..kalau rajin ceritakan lah pada aku..mesti seronok berkongsi pengalaman..


setakat ini saja semua..selamat berpuasa dan berbuka semua..


wasalam..

Saturday, July 30

selamat berpuasa..=)

Assalamualaikum..


so here i will give you a KISS (Keep-It-Short-and-Simple) description that i learnt in SMILE due to my lack of time to be spent in here..apology on that..


aku baru saja menamatkan SMILE training yang dianjurkan oleh TM di SEMUA HOUSE KL bermula dari 25hb hingga 29hb yang yang lepas..semasa berlangsungnya aktiviti ini,apa yang aku boleh simpulkan adalah...

--> super best dan macam2 yang aku pelajari terutamanya bagaimana untuk bersaing dengan diri sendiri untuk mencapai kejayaan..
--> rakan2 walaupun kebanyakkannya senior yang sangat sporting..
--> trainer yang sangat hyper!..we love you mr.SYAMIZAM!
--> tak tau nak cakap macam mana tapi kalau boleh aku nak attend lagi training ni walaupun jauh, rumit, penat, kos tinggi tapi no excuses lagi sebab semuanya BERBALOI beb!..


kepenatan dari training ini belum lagi hilang dan seterusnya aku sedang bersusah payah untuk mendapatkan cuti raya sebab??..sebab aku nak raya lah..wawawa..mana boleh kalau tak raya dengan mak!..tetapi aku telah dikenakan semula oleh seorang seniorku yang sangat KOOL..supersenior a.k.a abang idham..


berikut adalah sesi aku di BANG-BANG-BOOM kan olehnya..

supersenior :: nyssa..saya nak tanya..awak nak cuti ke raya ni??
nyssa :: nak2..tapi boleh ke??
supersenior:: nanti saya check..awak nak cuti juga ke??
nyssa :: mestilah nak..boleh ke??..(redundant di sini)..
supersenior :: kena check dulu tapi saya teringat semangat time interview awak yang cakap raya pun nak kerja...
nyssa :: errr....


seeeeeeeeeee.....hahaha..lepas tu aku tergelak sendiri..adesh..tu propaganda time nak kerja je..hahaha..takpeah kalau tak dapat cuti..boleh kumpul duit kan??(ayat untuk sedapkan hati sendiri)..apa2 pun terima kasih pada supersenior yang sanggup menolong ku..


sebelum aku mengakhiri coretan ini ( ececece ) ..dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat islam di serata dunia..semoga di bulan yang mulia ini kita dapat menyucikan diri kita seterusnya melatih diri kita menjadi yang lebih baik untuk masa hadapan..amin..


WASALAM...